Wednesday, 23 April 2014

PESTA PONGGAL UCSA

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara.. Diraikan selama 4 hari berturut turut. Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas Deepavali dan Thaipusam.

Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan seisi keluarga. Memandangkan di UCSA ada pelajar dari kaum india , pihak UCSA turut meraikan pesta ini.

UCSA kan 1 Malaysia dan 'sportingnya' , pelajar serta staff ucsa ini berlangsung dengan meriahnya.

TAHNIAH KEPADA PELAJAR KAUM INDIA MENGANJURKAN PROGRAM INI.. HASIL KREATIF ANDA BUAT MURAL BURUNG MERAK MENGGUNAKAN BERAS AMATLAH MENGAGUMKAN...






DIPLOMA SENI REKA & SENI LUKIS (PERINDUSTRIAN) AD114 UiTM

Diploma Seni reka & Seni Lukis (Perindustrian) UiTM- UCSA di jalankan di UCSA bermula pada tahun 2006 hingga sekarang di mana program ini adalah kerjasama dengan UiTM..

Program yang di kawal sepenuhnya oleh Fakulti Seni Reka & Seni Lukis UiTM bermula dari syarat kemasukan, soalan peperiksaan, waktu peperiksaan, konvokesyen di UiTM serta DIPLOMA di anugerahkan oleh UiTM.

Syarat kemasukan program ini adalah LULUS SPM dengan 5 kepujian termasuk BAHASA MELAYU dan 4 matapelajaran lain serta LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik.

Graduan dalam bidang ni boleh menceburi bidang pekerjaan seperti :

a. Pereka produk pengguna
b. Pereka perabut
c. Pereka permainan
d. Pereka peralatan komputer
e. Pereka Pengangkutan
f. Pengurus R&D
g. Pereka pameran.









Tuesday, 22 April 2014

UCSA WAKIL MAHASISWA ZON TIMUR UTK KELAYAKAN LIGA IPT

UCSA dan sukan memang tidak dapat dipisahkan... setelah menjadi jagoan pantai timur untuk Kejohanan MAHASISWA zon timur.. Kini menjadi wakil MAHASISWA zon timur untuk kelayakan kejohanan bolasepak liga IPT 2014.

 Pasukan yg dibimbing oleh En Zyuraimi Majid dan pemain yang terdiri daripada program Medical Assistant,UPM,UiTM,UTM,Coaching Science dan telah menewaskan pasukan dari KPTM kota bharu dengan sepakan penalti 5-3 setelah keputusan 1-1 sepenuh masa.

Pemain UCSA di anugerahkan Penjaga gol terbaik perlawanan akhir dan penjaring gol terbanyak..

Berikut adalah keputusan sepanjang kejohanan

Peringkat Kumpulan:

KPTM KB 1-3 UCSA
UCSA 4-0 KIPSAS

Suku akhir

UCSA 5-0 RANACO

Separuh Akhir

UCSA 2-0 KIST

Final

UCSA 1-1 KPTM KB
( Menang sepakan penalti 5-3)


TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PEMAIN...

ANDA MEMANG HEBAT...







LAWATAN PEMANTAUAN MMC

Alhamdulillah  pada 27.03.2014 wakil dari MMC ( Malaysia Medical Council ) telah datang untuk membuat pemantauan tentang program MBBS yang dijalankan di UCSA..
Pemantauan ini penting untuk memastikan program MBBS sentiasa diberi perhatian leh pihak MMC bagi memastikan kualiti pembelajaran.

Para pelajar program MBBS yang sentiasa ceria walaupun padat dengan jadual kuliah...

THANKS FOR YOUR SUPPORT...





ANUGERAH KECEMERLANGAN UCSA

Pada 11 Mac 2014 telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan UCSA anjuran HEP dan GPMS..
 Majlis yang diadakan di Auditorium UCSA dan disempurnakan oleh wakil daripada GPMS pahang...

TERUSKAN RENTAK KECEMERLANGAN ANDA...








KONVOKESYEN UCSA KALI KE -3

Alhamdulillah pada 08 Mac 2014 telah berlangsungnya majlis konvo UCSA kali 3.
Seramai 250 mahasiswa dari program Diploma Kejururawatan,Diploma Farmasi,Diploma Pembantu Perubatan,Diploma Teknologi Makmal Perubatan ,Asasi Sains dan Perniagaan telah bergraduat.

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SEMUA GRADUAN...

Gambar gambar sekitar Majlis Konvokesyen UCSA kali ke-3















Tuesday, 18 March 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL
( RASULLULLAH DI HATIKU)

Bertempat di Auditorium ShahPutra pada 29.01.2014, program Sambutan Maulidur rasul peringkat UCSA telah dianjurkan oleh pelajar pelajar Diploma Kejururawatan.

Seperti sambutan di tempat lain, antara aktiviti yang di jalankan adalah berselawat,berarak di sekitar UCSA. UCSA juga bertuah kerana kesudian Yg. Berbahagia Alfadhil Ustaz Hj Mahmud Bin Hj Mat untuk memberi ceramah yang cukup santai dan mudah difahami bersesuaian dengan tajuk RASULLULLAH DIHATIKU.





JOM CARI PAHALA




Alhamdulillah pada 28 Februari 2014... Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial telah mengadakan program JOM CARI PAHALA.

Program ini adalah program untuk mengindahkan surau surau di kompleks perniagaan dan pentadbiran. Antara surau yang dipilih adalah 

1. SURAU MEGAMALL
2. SURAU KUANTAN PARADE
3. SURAU CAPITAL MALL ( dulu dikenali sebagai ECM)
4. SURAU UTC

Pihak UCSA juga berterima kasih pada semua yang terlibat secara langsung samada mereka yang memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga. Kerjasama dari pihak pengurusan Megamall, Kuantan Parade, Capital Mall dan UTC amatlah dihargai... InsyaALLAH program ini akan diperluaskan di kawasan lain pula nanti..
 Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Idham Abd Karim, Ahli Lembaga Pengarah University College ShahPutra di perkarangan lobi UCSA..

Sekali lagi terima kasih kepada meraka yang terlibat.. Semoga usaha anda ini mendapat keberkatan dari ALLAH SWT hendaknya










Tuesday, 25 February 2014

PENGGUNAAN HOSPITAL UNTUK TUJUAN KLINIKAL PELAJAR MBBS


ALHAMDULILLAH DAN INSYAALLAH para siswa dan siswi fakulti Perubatan SHAHPUTRA akan memulakan latihan klinikal pertama pada bulan SEPTEMBER 2014...

Yang menariknya...KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah pun memberi KELULUSAN untuk menggunakan 5 rangkaian hospital untuk tujuan klinikal....

5 rangkai hospital tersebut adalah..


HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN KUANTAN
(Pelajar dari program kejururawatan dan 
Pembantu Perubatan UCSA juga praktikal di sini)


HOSPITAL SULTANAH HAJJAH KALSOM CAMERON HIGHLANDS
( Kena pakai baju sejuk la pulak )


HOSPITAL KUALA LIPIS
(Pelajar dari program kejururawatan  UCSA juga praktikal di sini) 

HOSPITAL PEKAN


HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH
(Pelajar dari program Farmasi, Pembantu Makmal Perubatan
 dan Pembantu Perubatan UCSA juga praktikal di sini)

So para pelajar tidak perlu risau tentang tempat klinikal... Alhamdulillah ShahPutra dapat bekerjasama dengan Hospital Kerajaan dan Terima Kasih yang tak terhingga kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA....