PENGENALAN
(Kod: KP/JPS(KA7853)01/2016)Diploma Komunikasi dan Media adalah satu program kerjasama dengan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Kuantan, Pahang. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan pelbagai peranan media massa dalam membantu pelbagai organisasi. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang komunikasi massa.
Program ini dapat memupuk kreativiti dan inovasi, kemahiran interpersonal dan komunikasi, yang penting dalam amalan komunikasi massa. Ia juga adalah untuk memupuk nilai-nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar. Program ini sepenuhnya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), menyediakan pelajar dengan portfolio kemahiran semua aspek penting komunikasi dan industri berkaitan media, serta kemahiran dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat.
Dengan orientasi pekerjaan yang kukuh, program ini menyediakan satu pendekatan untuk mengkaji media, menggabungkan kajian teori dengan perkembangan media komunikasi yang praktikal dan kemahiran. Pelajar akan mendapat kemahiran penulisan media, produksi audio video, televisyen komersial, penyiaran radio dan percetakan, dengan menggunakan peralatan dan perisian terkini. Siswazah program ini akan berpeluang untuk bekerja di sektor awam dan swasta. Mereka dapat membantu profesional dan kumpulan pakar dalam bidang kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam, pengiklanan, penerbitan, pemasaran, dan bidang lain yang berkaitan dengan komunikasi dan media.
Setelah selesai pengajian 3 tahun, pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan media dan bidang komunikasi. Pelajar akan dianugerahkan Diploma Komunikasi dan Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan konvokesyen yang akan diadakan di UiTM.
OBJEKTIF PROGRAM
- Seorang pengamal media yang berkemahiran pelajaran, memahami dan kemahiran komunikasi untuk menyediakan kandungan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi industri komunikasi dan media
- Seorang pengamal media yang menunjukkan kepimpinan dan terlibat dalam pasukan dalam menyelesaikan masalah melalui kebolehan berkomunikasi yang berkesan
- Seorang pengamal media yang berterusan memajukan pengetahuan dan kebolehan dengan menggunakan ICT untuk meneroka peluang perniagaan dalam industri komunikasi dan media
- Seorang pengamal media yang mengamalkan nilai-nilai etika dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada industri komunikasi dan media.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
- Bahasa Melayu (Gred: 5C atau C+)
- Bahasa Inggeris (Gred: 5C atau C+)
- Matematik / Matematik Tambahan
- Mana-mana 2 matapelajaran lain
- Laluan Alternatif: Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM
- Lulus temuduga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh fakulti
- Pemohon WAJIB membawa semua sijil asal semasa sesi temuduga
- Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam
PENDAFTARAN
Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:Yuran | Semester 1 | Semester 2-6 |
Pendaftaran | RM500 | RM250 |
Yuran Perkhidmatan Universiti | RM300 | RM300 |
PENGINAPAN
Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.
PELUANG PEKERJAAN
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:- PR Eksekutif
- Eksekutif Pengiklanan
- Penolong Produksi
- Penulis Skrip
- Pembaca Berita
- Wartawan Penyiaran
- Wartawan
- Stringer
- Penulis Iklan
- Penyampai Radio
- Pembantu Editorial
- Membantu golongan profesional
PROGRAM IJAZAH
Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:- Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan (MC221)
- Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam (MC222)
- Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran (MC223)
- Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan (MC224)
- Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penerbitan (MC225)
- Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Pengajaran dan Latihan (MC226)
- Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Interpersonal (MC227)
- Sarjana Muda Pengurusan Komunikasi (Kepujian) dan Polisi (MC228)
No comments:
Post a Comment