PENGENALAN
(Kod: KPT/JPS (KA9381)06/2016)Sarjana Muda (Kep) Kontemporari Kejururawatan adalah program kerjasama di antara University of Hertfordshire dan UCSA dimana ianya dikendalikan di UCSA. Program ini akan berjalan masa selama dua (2) tahun dan ia akan memberi fokus kepada jururawat yang bekerja sahaja.
Jururawat yang mengikuti program ini akan kekal bekerja ditempat kerja masing-masing bagi memudahkan proses pembelajaran. Ini bagi membolehkan para pelajar mengaitkan teori dengan latihan klinikal sambil membuat gambaran melalui pengalaman yang diperolehi bagi membantu mereka memahami teori klinikal dengan lebih mendalam. Komponen latihan klinikal tidak disediakan didalam kurikulum program ini.
Para pelajar akan di anugerahkan Sarjana Muda (Kepujian) Kontemporari Kejururawatan daripada University of Hertfordshire setelah tamat pengajian.
STRUKTUR PROGRAM
- Berjalan selama dua (2) tahun
- Para pelajar akan mengambil dua modul 10 kredit yang merangkumi 800 jam waktu pembelajaran antarabangsa
- Bahagian sukar didalam komponen ini akan disampaikan semasa dua (2) minggu pertama dipermulaan semester.
- MPW 1133 - Pengajian Malaysia
- MPW1143 /53 - Pengajian Islam/Pengajian Moral
- MPW1113/23 - Bahasa Kebangsaan
SYARAT KEMASUKAN
- Pendaftaran dengan Lembaga Jururawat Malaysia
- Sedang bertugas sebagai jururawat berdaftar dan memiliki sijil terkini Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)
- Graduan dalam Diploma Kejururawatan yang disahkan oleh MQA (setara dengan 90-120 kredit)
- Kemahiran berbahasa Inggeris (sediakan bukti)
- Mempunyai minima 3 tahun pengalaman klinikal didalam bidang kesihatan bersamaan dengan 20 jam sebulan
- Bekerja didalam bidang kesihatan minima 20 jam sebulan sebagai jururawat pelatih selama program dijalankan
- Pelajar yang terpilih harus menyediakan sijil kecergasan sekiranya diminta
- Pelajar haruslah tidak memiliki sebarang kecacatan fizikal yang akan menyukarkan tugas sebagai jururawat
- Pelajar harus mempunyai mental yang sihat.
update:100112
No comments:
Post a Comment