Sunday 13 November 2011

Lawatan daripada SMK Indera Mahkota

SMK Indera Mahkota ini lokasinya ialah berhampiran sahaja dengan UCSA ni, ibarat "selontar batu" jer. Dengan jarak 1.8km, sudah tentu warga sekolah ini selalu juga lalu lalang di hadapan persekitaran UCSA kan...:)


Pada 11 November 2011, UCSA telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada para pelajar sekolah ini. Seramai 40 orang pelajar ang terlibat dalam lawatan ini. Bertambah meriah UCSA dengan kehadiran mereka semua ini.....:)

Para pelajar ini telah diberikan penerangan mengenai UCSA serta diadakan slot Ceramah Motivasi kepada mereka. Sejurus selepas itu, kami membawa para pelajar ini melawat di sekitar kawasan UCSA ini


Ok ya adik-adik semua....kami dengan sabar menanti kedatangan anda sekalian untuk menjadi warga UCSA bersama-sama kami...:)

Saturday 12 November 2011

Karnival Merekayasakan Program Bimbingan & Kaunseling, Terengganu 2011

Pada 9 - 10 November 2011, team kami telah menghadiri Karnival Merekayasakan Program Bimbingan & Kaunseling Negeri Terengganu 2011 bertempat di daerah Marang. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai projek inovasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah.

Pertandingan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu yang terdiri daripada kumpulan pelajar Tingkatan 1-4.

Friday 11 November 2011

Jemputan ke SMK Sertik


Baru-baru ni, team kami mendapat jemputan daripada SMK Sertik, Karak Pahang sempena Minggu Pendidikan di sekolah itu. Kumpulan pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Daripada maklum balas yang diterima, kumpulan pelajar ini ramai yang berada dalam kelompok minat dalam bidang seni masakan, muzik dan lanskap.

Untuk makluman awal, para pelajar dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UCSA berdasarkan bidang yang sesuai dengan matapelajaran yang diambil. Pihak kami akan menghubungi mereka sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan nanti.