Showing posts with label Jemputan ke sekolah. Show all posts
Showing posts with label Jemputan ke sekolah. Show all posts

Friday, 11 November 2011

Jemputan ke SMK Sertik


Baru-baru ni, team kami mendapat jemputan daripada SMK Sertik, Karak Pahang sempena Minggu Pendidikan di sekolah itu. Kumpulan pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Daripada maklum balas yang diterima, kumpulan pelajar ini ramai yang berada dalam kelompok minat dalam bidang seni masakan, muzik dan lanskap.

Untuk makluman awal, para pelajar dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UCSA berdasarkan bidang yang sesuai dengan matapelajaran yang diambil. Pihak kami akan menghubungi mereka sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan nanti.