Monday 17 October 2011

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KR10631)10/2014) 
Diploma ini merupakan program yang ditawarkan oleh fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Program ini perlu diikuti selama 3 tahun bersamaan dengan 6 semester yang mana ia menumpukan kerja-kerja pentadbiran dalam pejabat disetiap organisasi. Program ini memberi pengkhususan terhadap prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan didalam pejabat, komunikasi, pembentukan peribadi secara lahirah dan insaniah.
Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat pengalaman pembelajaran yang menarik bersesuaian dengan persekitaran yang kondusif. Program ini mendapat pengiktirafan  daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan yang mana setiap daripada pelajar yang telah bergraduat berpotensi untuk mendapat pekerjaan. laluan kerjaya bagi pelajar memberi kesan yang positif yang membolehkan mereka memilih untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah ataupun terus bekerja dimana-mana sektor didalam industri.
Jika pelajar ingin meneruskan pengajian ke peringkat pengajian mereka boleh mengikuti program-program ijazah yang ada di UiTM Shah Alam dan juga cawangan.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mana-mana 3 matapelajaran lain
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Laluan Alternatif: Lulus Sijil Pentadbiran Pejabat (OM009) dari UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya HPNG (2.70)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM500 RM250
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 RM300

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pegawai Eksekutif
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha Eksekutif

 

PROGRAM IJAZAH

Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara
 

update: 100112

No comments: