Thursday 20 October 2011

Diploma Pengajian Sukan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA7126)01/2016) 
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ditubuhkan pada tahun 1995. Dengan penubuhan itu, UiTM menjadi institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menawarkan program-program dalam bidang pengurusan sukan, rekreasi, dan sains sukan.
Program Sarjan Muda yang ditawarkan ialah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Hons.) dan Sarjana Muda Sains Sukan (Hons.) (SR 223) yang diperkenalkan pada tahun 1999 untuk memenuhi permintaan untuk lulusan dalam bidang sains sukan.
Kedua-dua program Sarjana Muda dan program Diploma menawarkan program yang berkaitan dengan fisiologi, biomekanik, anatomi, kinesiologi, pembelajaran motor, etika dalam sukan, psikologi sukan, pemasaran sukan dan rekreasi, komunikasi sukan, kewartawanan sukan, dan hubungan media, rekreasi luar, latihan psikologi , kepimpinan dalam kesenggangan dan seminar sukan. Sains Sukan difokuskan pada pelaksanaan kaedah saintifik terhadap prestasi sukan.
Pengajian dalam bidang ini member peluang pelajar untuk bekerja dalam industri kecergasan. Pengurusan Sukan difokuskan pada penerapan kemahiran pengurusan dalam organisasi sukan dan rekreasi. Tempoh pembelajaran untuk program ini adalah selama enam (6) semester untuk membolehkan para pelajar mendapat Diploma Pengajian Sukan, UiTM.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberikan kecemerlangan program pengajaran dan pembelajaran di bidang sains sukan, pengurusan sukan dan rekreasi
  • Mengembangkan industri sukan dan taraf profesional di dalam bidang sains sukan, pengurusan sukan dan rekreasi berteraskan nilai-nilai Islam
  • Memimpin profesionalisme dalam pengetahuan sains sukan, pengurusan sukan dan rekreasi bertaraf dunia dan menjadi pusat rujukan dalam sains sukan.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Mana-mana 2 matapelajaran lain
  • Lulus salah satu matapelajaran:  Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains / Pengajian Sukan
  • Laluan Alternatif: Lulus program Pra Perdagangan (PD003) atau Pra Sains (PD008) dari UiTM
  • Lulus temuduga & ujian kecergasan yang dikendalikan oleh fakulti
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:

Bantuan Kewangan Pengajian
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM500 RM250
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 RM300

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Peluang Kerjaya - Tamat Program Diploma
  • Pengurus Sukan / Pegawai
  • Jurulatih Kecergasan
  • "Recreational / Leisure Instructor"
  • Pengurus Majlis
  • Pengurus Olahragawan
  • "Sport Aider"
  • Pentadbiran Sukan

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Bachelor of Education, UPM
  • Bachelor of Sports Management (Hons), UiTM
  • Bachelor of Sports Science (Hons), UiTM
  • Bachelor of Education (Sport Science), UPSI
  • Bachelor of Education (Coaching), UPSI
  • Bachelor of Education (PJ), UPSI
  • Bachelor of Education (Sport Management), UKM

    update: 100112

    No comments: