Tuesday 18 March 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL
( RASULLULLAH DI HATIKU)

Bertempat di Auditorium ShahPutra pada 29.01.2014, program Sambutan Maulidur rasul peringkat UCSA telah dianjurkan oleh pelajar pelajar Diploma Kejururawatan.

Seperti sambutan di tempat lain, antara aktiviti yang di jalankan adalah berselawat,berarak di sekitar UCSA. UCSA juga bertuah kerana kesudian Yg. Berbahagia Alfadhil Ustaz Hj Mahmud Bin Hj Mat untuk memberi ceramah yang cukup santai dan mudah difahami bersesuaian dengan tajuk RASULLULLAH DIHATIKU.





JOM CARI PAHALA




Alhamdulillah pada 28 Februari 2014... Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial telah mengadakan program JOM CARI PAHALA.

Program ini adalah program untuk mengindahkan surau surau di kompleks perniagaan dan pentadbiran. Antara surau yang dipilih adalah 

1. SURAU MEGAMALL
2. SURAU KUANTAN PARADE
3. SURAU CAPITAL MALL ( dulu dikenali sebagai ECM)
4. SURAU UTC

Pihak UCSA juga berterima kasih pada semua yang terlibat secara langsung samada mereka yang memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga. Kerjasama dari pihak pengurusan Megamall, Kuantan Parade, Capital Mall dan UTC amatlah dihargai... InsyaALLAH program ini akan diperluaskan di kawasan lain pula nanti..
 Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Idham Abd Karim, Ahli Lembaga Pengarah University College ShahPutra di perkarangan lobi UCSA..

Sekali lagi terima kasih kepada meraka yang terlibat.. Semoga usaha anda ini mendapat keberkatan dari ALLAH SWT hendaknya