Thursday 6 October 2011

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

 

PENGENALAN

(Kod: JPT/BP(U)1000-801/94/Jld.2(45)) 
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) direka bagi menghasilkan sumber manusia profesional yang boleh membantu organisasi mentrasformasi modal insan dalam merealisasikan polisi-polisi dan strategi-strategi organisasi. Ia juga bertujuan untuk melahirkan sumber manusia profesional yang inovatif dan dapat menyesuaiakn diri dalam memaksimumkan potensi manusia dalam sesebuah organisasi secara efektif.
Selaras dengan misi untuk mencapai objektif-objektif di atas, pelajar didedahkan kepada pelbagai dispilin termasuk aspek kognitif dan penggunaan teknologi bagi membantu mempertingkatkan potensi manusia di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran sebenar pekerjaan melalui latihan industri dan juga lawatan sambil belajar.

 

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan dengan Diploma/ Kelayakan setara

  • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
    • Kredit dalam Bahasa Melayu
    • Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan kelulusan daripada fakulti.
ATAU

    Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

    • Gred "C" dalam subjek Pengajian Am
    • Sekurang-kurangnya "C" (2.00) di dalam salah satu subjek pada peringkat STPM:
      • Matematik
      • Perakaunan
      • Geografi
      • Ekonomi
      • Pengajian Perniagaan
    • Gred "C" dalam satu daripada subjek pada peringkat STPM
    • Lulus dalam Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM
    • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
    ATAU

      Kemasukan dengan Sijil Perakaunan/ Biologi/Matrikulasi Fizik

      • CGPA sekurang-kurangnya 2.00
      • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
      • Kredit dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM
      • Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM
      • Dengan Malaysian University English Test (MUET)

       

      YURAN PENGAJIAN

      Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

       

      YURAN PENGINAPAN

      Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
      Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

       

      LALUAN KERJAYA

      Graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) akan mempunyai pelbagai peluang kerjaya yang meluas. Pada dekad yang lepas, fungsi sumber manusia telah melangkah setapak lagi melangkaui pengurusan peribadi dan pembangunan untuk menjadi perancang strategi di dalam organisasi, meningkatkan keperluan untuk menjadi pekerja yang profesional dengan kepakaran dalam kemahiran sumber manusia.
      Jawatan di peringkat pengambilan pekerja, pampasan, faedah, hubungan buruh dan bidang yang berkaitan dengan hubungan manusia yang lain yang boleh didapati dengan meluas di dalam industri, perniagaan , sektor awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan yang bukan mensasarkan keuntungan dan organisasi. Jawatan pengurusan peringkat pertengahan juga disediakan bagi graduan yang telah mempunyai pengalaman bekerja.
      Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana kolej dan universiti yang berpotensi.

       update:120112

        No comments: