Mengenai UCSA


LATAR BELAKANG
 
Kolej Universiti SHAHPUTRA bermulanya sejarah dengan tertubuhnya sebuah institusi pengajian yang dikenali sebagai Institut Fitra. Mula beroperasi pada 27 Disember 1997, dimiliki sepenuhnya oleh Shahputra Education Sdn. Bhd., sebuah syarikat swasta milik 100% Bumiputra.
Pada awal penubuhannya, Institut Fitra menyewa 2 pintu bangunan 3 tingkat yang beralamat di A9-A11, Sri Dagangan Fasa 2, Jalan Tun Ismail 9, 25200 Kuantan, berdekatan dengan Berjaya Megamall, Kuantan.
Bangunan tersebut membolehkan Institut Fitra menyediakan 2 bilik kuliah, 1 dewan kecil, 1 makmal komputer dengan 20 unit komputer serta 1 ruang pejabat.
Antara kumpulan pelajar angkatan pertama Institut Fitra merupakan kumpulan pelajar Matrikulasi TESL UPM dan Matrikulasi Perakaunan UPM seramai 108 orang yang ditempatkan di Institut Fitra oleh pihak UPM pada Jun 1998.
Disebabkan peningkatan jumlah pelajar yang memberangsangkan, Institut Fitra mengambil langkah bijak berpindah ke satu kawasan baru seluas 8 hektar di Pekan, Pahang di mana kawasan tersebut begitu sesuai dijadikan tempat menimba ilmu kerana persekitarannya yang kondusif.
Serentak dengan perpindahan tersebut, maka Institut Fitra telah menukarkan namanya kepada Kolej SHAHPUTRA setelah mendapat pandangan dan saranan Universiti Putra Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu.




MISI DAN VISI

Visi
Institusi pengajian tinggi berkualiti, bertaraf antarabangsa yang melahirkan profesional cemerlang diperingkat global.

Misi
  • Melahirkan modal insan profesional yang memenuhi aspirasi dan keperluan negara, industri dan antarabangsa;
  • Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan sistematik;
  • Membina rangkaian pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang terkini;
  • Mewujudkan kerjasama pintar dengan industri.



LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI DAN PEMEGANG SAHAM

Dato' Dr. Haji Azman Zaini B. Abd. Ghanie
Datin Hajjah Suzieyati Bte. Haji Idham
Haji Idham B. Abd. Karim
Hajah Sallie Yanti Bte. Haji Idham



NAIB CANSELOR


Y.Bhg. Prof. Dr. Abd Majid bin Mohd. Isa. PSK, DNS



LAGU DAN LIRIK

TAJUK: SHAHPUTRA TIADA TANDINGAN

Shahputra, megahnya oh namamu
Yang dibina indah
Shahputra penyuluh ilmu
Membuka minda
Demi masa depan
Demi pengertian hidup

Wawasan berharmoni
Yang diberi kami hargai
Shahputra terus berbakti tanpa henti
Ini ikrar kami hingga akhir nanti

Tak perlu diragui
Impian yang suci
Shahputra lahir ilmuan
Tak perlu dipersoalkan
Biar berbagai dugaan
Apa jua cabaran
Terbina kematangan
Shahputra tiada tandingan

Kelmarin meniti cita-cita yang pasti
Shahputra melangkah gagah mencipta sejarah
Demi masa depan demi seruan Negara
Mari kita doakan kejayaan bersama
Shahputra terus mara
Membimbing anak bangsa

Biar berbagai dugaan
Apa jua cabaran
Terserlah kecemerlangan
Shahputra tiada tandingan
Tiada tandingan
Shahputra....




TRANSFORMASI 

Transformasi Shahputra, sejak 1997 hingga kini.....

1997 - Institut Fitra
Institut Fitra mula ditubuhkan pada 27 Dis 1997 dan beralamat di A9 - A11, Sri Dagangan Fasa 2, Jalan Tun Ismail 9, 25200 Kuantan, Pahang.
1998 - Kolej Shahputra, Pekan
Pada tahun 1998, Institut Fitra telah menukarkan namanya kepada Kolej Shahputra. Kolej ini ditempatkan di Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang. Perpindahan ini terpaksa dilakukan memandangkan bilangan pelajar Shahputra yang meningkat dan jumlah kursus yang ditawarkan juga bertambah.


2003 - Kolej Shahputra City Campus
Peningkatan bilangan pelajar dan pertambahan jumlah kursus dari masa ke masa menyebabkan Shahputra terpaksa membuka satu lagi cawangan pusat pembelajaran pada tahun 2003. Selain beroperasi di Pekan, Shahputra juga beroperasi di Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang dan diberi nama Kolej Shahputra City Campus.


2005 - Shahputra University Twinning College
Pada tahun 2005, Kolej Shahputra Pekan dan Kolej Shahputra City Campus di Indera Mahkota telah digabungkan menjadi satu. Penubuhan Shahputra University Twinning College di Indera Mahkota telah menaikkan nama Shahputra. Bangunan yang dibina atas tapak sendiri menunjukkan kemampuan Shahputra yang boleh dibanggakan, hasil daripada pertambahan bilangan pelajar dan jumlah kursus yang ditawarkan.


2011 - University College Shahputra (UCSA)
Tahun 2011 merupakan detik yang ditunggu oleh semua warga Shahputra di mana Shahputra berjaya menaiktaraf daripada Kolej kepada Kolej Universiti. Pengiktirafan yang diberikan menunjukkan kemajuan dan perkembangan Shahputra yang boleh dibanggakan.