PENGINAPAN / KOLEJ KEDIAMAN
UCSA menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada semua pelajar dengan yuran penginapan yang paling minimum iaitu RM120 setiap bulan termasuk bil air, bil api dan pengangkutan. Semua pelajar Semester 1 wajib tinggal di asrama yang disediakan kecuali pelajar yang berasal dari kawasan Kuantan dan dengan pengesahan ibu bapa.
Pelajar selepas Semester 1 yang masih ingin terus tinggal di asrama boleh membuat permohonan dengan Jabatan Perhubungan Mahasiswa, UCSA.
Pelajar selepas Semester 1 yang masih ingin terus tinggal di asrama boleh membuat permohonan dengan Jabatan Perhubungan Mahasiswa, UCSA.
PENGANGKUTAN
UCSA menyediakan beberapa buah kenderaan seperti bas dan van sebagai medium pengangkutan untuk pergerakan pelajar ke kampus dari setiap kolej kediaman.
Pengangkutan juga digunakan untuk menghantar pelajar dan kakitangan UCSA ke aktiviti-aktiviti atau urusan yang berkaitan Universiti.
WiFi & CAPAIAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI
UCSA dilengkapi makmal komputer untuk kegunaan pelajar dengan capaian internet berkelajuan tinggi. Pelajar yang mempunyai laptop boleh mendapatkan kemudahan capaian internet tanpa wayar (wireless) disekitar kolej secara percuma.
AUDITORIUM, DEWAN DAN BILIK KULIAH
Auditorium yang luas membenarkan aktiviti seminar dijalankan. Bilik-bilik kuliah dan dewan mini dengan kemudahan dan kelengkapan yang canggih menyediakan ruang pembelajaran yang selesa untuk pelajar.MAKMAL SAINS
Makmal sains ini dilengkapi dengan peralatan sains yang lengkap, membenarkan pelajar-pelajar menjalankan uji kaji berkaitan dengan matapelajaran yang di ambil. Makmal-makmal ini terbahagi kepada Makmal Biologi, Makmal Kimia dan Makmal Fizik.WAD SIMULASI
Wad simulasi yang menyerupai wad sebenar disediakan bagi memudahkan pelajar-pelajar jurusan kejururawatan menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran mereka. Wad ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan terkini.MAKMAL KOMPUTER DAN ICT
Makmal komputer dan ICT dengan capaian internet yang laju serta perisian-perisian terkini disediakan untuk semua golongan pelajar dalam pembelajaran mereka.STUDIO DAN GALERI ARKITEK
Studio senibina dilengkapi dengan peralatan khusus untuk membantu pelajar arkitek/senibina melengkapkan tugas mereka. Galeri arkitek pula digunakan untuk menyimpan hasil-hasil kerja pelajar sepanjang proses pembelajaran di UCSA.STUDIO DAN GALERI SENI DAN REKABENTUK (ART & DESIGN)
Peralatan yang sesuai disediakan di dalam studio bagi membantu pelajar-pelajar jurusan Seni Lukis dan Seni Reka menghasilkan kerja / tugasan dengan efisyen. Hasil-hasil atau karya pelajar ini akan di abadikan di lama galeri di mana hasil-hasil ini akan menjadi lambang dan kebanggan pihak UCSA.STUDIO MUZIK
UCSA menyediakan studio muzik yang dilengkapi dengan beberapa peralatan muzik yang canggih dan terkini di mana peralatan ini digunakan dalam persembahan-persembahan acara kolej. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang muzik dan ingin mengembangkan bakat, boleh menggunakan peralatan yang disediakan secara percuma.
STUDIO FESYEN & BENGKEL MESIN JAHIT
UCSA menyediakan bengkel mesin jahit khusus untuk pelajar Seni Reka Fesyen. Bengkel ini dilengkapi dengan beberapa buah mesin jahit berkuasa tinggi. Bengkel ini juga dilengkapi dengan peralatan-peralatan lain yang dapat membantu dalam menghasilkan rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.STUDIO KOMUNIKASI DAN MEDIA (MASSCOMM)
Pelajar-pelajar Komunikasi dan Media boleh menggunakan studio ini. Studio yang dilengkapi dengan peralatan yang sesuai seperti konti, komputer dan sebagainya boleh digunakan untuk meningkatkan mutu komunikasi pelajar.PERPUSTAKAAN BERINTERNET
Buku-buku rujukan terkini, jurnal dan bahan rujukan secara atas talian (on-line) mampu memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada pelajar dan kakitangan UCSA. SURAU
UCSA mempunyai surau yang boleh dikategorikan kepada:- Surau pelajar lelaki
- Surau pelajar perempuan
- Surau kakitangan lelaki
- Surau kakitangan perempuan
GELANGGANG PERMAINAN
UCSA menyediakan gelanggang permainan bagi kemudahan pelajar dan kakitangan UCSA melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah seperti futsal, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan ping pong.KAFETERIA
Kafeteria disediakan oleh pihak UCSA menyediakan pelbagai pilihan makanan bagi memudahkan para pelajar dan kakitangan menikmati hidangan pagi, tengahari dan petang dengan harga yang sangat berpatutan. MESIN ATM
UCSA dengan kerjasama RHB dan AgroBank, telah menyediakan mesin ATM bagi memudahkan pelajar dan kakitangan melakukan urusan pengeluaran wang.UCSA menyediakan ruang halaman yang sesuai untuk pelajar dan kakitangan melakukan aktiviti-aktiviti beriadah dan aktiviti luar.
KESELAMATAN
Kawasan Universiti dan kolej kediaman sentiasa dijaga dan dikawal oleh pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam sehari dan 7 hari seminggu walaupun hari cuti am. Kawasan Universiti juga dilengkapi dengan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi menjamin keselamatan seluruh warganegara universiti.
update: 200112