Friday 21 October 2011

Diploma Kejururawatan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA7896)06/2012) 
Program Diploma Kejururawatan mula ditawarkan oleh UCSA pada tahun 2007/2008 sejajar dengan implikasi daripada perkembangan pesat teknologi perubatan, pertambahan hospital kerajaan dan swasta, di mana permintaan terhadap keperluan jururawat meningkat pada tahap yang kritikal. Kekurangan bilangan jururawat ini memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan jururawat bertauliah yang penyayang, cakna (caring), mengamalkan 'safe practice' serta berupaya menganalisis secara kritikal dan kompeten dalam menyelesaikan masalah kesihatan di institusi kesihatan tempat mereka bertugas.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Untuk menampung keperluan jururawat supaya mencukupi/optimum di hospital dan juga klinik pada masa hadapan.
  • Melahirkan jururawat terlatih yang mampu memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada individu dan juga masyarakat
  • Menyediakan pendidikan asas kejururawatan sejajar dengan keperluan semasa yang membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atau peringkat yang lebih tinggi.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Biologi ATAU Sains
  • Mana-mana 2 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Laluan Alternatif: Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM dengan keputusan : (semester 1: HPNG 3.00 atau semester 2: HPNG: 2.75)
  • Lulus temuduga & ujian yang dikendalikan oleh Fakulti
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM500 RM250
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 RM300

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

DIPLOMA IN NURSING
  • Staff Nurse U29 (Lelaki & Perempuan)
  • Setelah lama berkhidmat: Sister/Matron
DEGREE IN NURSING TEACHING
DEGREE IN NURSING CLINICAL NURSE SPECIALIST
DEGREE IN NURSING MANAGEMENT
  • Staff Nurse U41
  • Tutor/Pensyarah
  • Clinical Instructor
MASTER IN NURSING
  • Coordinator/Principal Nursing
  • Head of Clinical Instructor
  • Head of Manager Matron
PhD NURSING
  • Nursing Director
    update: 090112

    No comments: