Saturday 8 October 2011

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

 

PENGENALAN

(Kod: JPT/BP(U)1000-801/94/Jld.2(44)) 
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi direka bagi menyediakan landasan yang kukuh berkenaan teori dan pengetahuan ekonomi serta meningkatkan lagi kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran menganalisa. Kursus utama dan elektif di susun dengan baik bagi menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan khusus dan menyeluruh dalam bidang ekonomi, statistik gunaan, pengajian pembangunan, pengajian pentadbiran dan politik.
Program ini juga mendidik pelajar untuk menganalisis secara kritikal dan menyelesaikan masalah berkaitan isu ekonomi. Pelajar berpeluang untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ekonomi bagi menyelesaikan isu-isu ekonomi yang berbeza di peringkat dalam negara dan antarabangsa.
Program ini mencabar intelek pelajar dan bertujuan untuk membangunkan kemampuan pelajar menganalisis aspek ekonomi yag memberikan kesan kepada masyarakat. Pelajar akan mempelajari struktur organisasi dan bagaimana untuk bersaing di pasaran terbuka. Mereka juga akan mempelajari bagaimana isirumah dan individu membuat keputusan ekonomi dan peranan kerajaan dalam menggubal dasar dan peraturan dalam pasaran dan kewajiban menyediakan perkhidmatan asas kepada masyarakat.

 

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan dengan Diploma/ Kelayakan setara

  • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
      • Kredit dalam Bahasa Melayu
      • Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris
      • Kredit dalam Ekonomi Asas atau Perdagangan
    • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
    • Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dariapda mana-mana institusi dengan Akreditasi MQA
    ATAU

      Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

      • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
        • Kredit dalam Bahasa Melayu
        • Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris
        • Kredit dalam Ekonomi Asas atau Perdagangan
      • Lulus dalam STPM dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00
        • Gred "C" dalam subjek Pengajian Am
        • Minimum "C" (2.00) dalam mana-mana dua subjek
      • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
      ATAU

        Kemasukan dengan Sijil Matrikulasi/ Foundation/ A Level

        • Lulus Matrikulasi/Foundation/ A Level atau mana-mana kelayakan setara daripada mana-mana institusi yang mempunyai Akreditasi MQA dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

         

        YURAN PENGAJIAN

        Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

         

        YURAN PENGINAPAN

        Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
        Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan

         

        LALUAN KERJAYA

        Program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi membina pengetahuan yang praktikal dan kemahiran yang penting di dalam pembangunan kerjaya. Ia menyediakan pekerjaan dan bidang profesion di peringkat kebangsaan dan arena antarabangsa.
        Selepas bergraduasi, anda layak untuk memohon seperti berikut:
        • Pekerjaan di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti firma, bank, khidmat kerajaan dan perniagaan
        • Graduan berkerja di arena pekerjaan termasuk konsultansi antarabangsa
        • Melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di universiti yang berpotensi
        • Graduan boleh membangunkan kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan bidang perniagaan.
          update: 120112

          No comments: