Monday 24 October 2011

Diploma Sains Komputer (Multimedia)

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KR11177)02/2014) 
Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang boleh berkomunikasi secara efektif dengan pelbagai jurang pengguna, kandungan dan boleh memimpin serta bekerjasama sebagai satu pasukan.
Keutamaan program ini adalah membolehkan graduan secara profesional mengaplikasikan pengetahuan dalam prinsip dan praktikal sains komputer ditambah dengan kemahiran bidang multimedia. Keupayaan dan kemahiran membangunkan aplikasi interaktif multimedia dalam bidang industri, pendidikan, perniagaan dan penyelidikan adalah mengikut spesifikasi, analisis, perancangan, rekabentuk dan dokumentasi yang piawai.
Selain itu, graduan yang dihasilkan adalah seorang yang bermotivasi, berdisiplin, beretika dan boleh menyesuaikan diri mengikut situasi. Disebabkan bidang komputer yang sentiasa berubah, program ini berharap dapat melahirkan graduan yang boleh mempelajari ilmu dan kemahiran komputer secara berterusan tanpa perlu penyeliaan. Selain itu, banyak lagi cabang graduan boleh ceburi selepas tamat pengajian seperti konsultan, perniagaan komunikasi, rangkaian, pengeluar perisian dan pengiklanan. Ini memberikan peluang besar bagi graduan untuk berjaya dan bukan hanya mengharapkan "makan gaji".
Program ini memperuntukkan pengajian selama 3 tahun yang menekankan pengetahuan ilmu agama, pengaturcaraan, multimedia , matematik, rangkaian dan komputer.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • 2 matapelajaran lain
  • Laluan Alternatif: Lepasan Sijil POLITEKNIK layak untuk kemasukan terus ke tahun 2 DIPLOMA! (tertakluk kepada syarat universiti)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM370
Yuran Perkhidmatan Universiti RM100 RM370

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat pengajian diploma di UCSA, graduan program ini boleh bekerja sebagai:
  • Pengaturcaraan Komputer
  • Juru Animasi
  • Pereka Grafik Dan Web
  • Pembangun Laman Web
  • Pembantu Pengarang Multimedia
  • Pembantu Penerbit Multimedia
  • Pembantu Sokongan Teknik
  • Pembantu Tadbir Pengkalan Data
  • Pembantu Tadbir Sistem
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pengurus Projek

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

 

    update: 090112

    No comments: