Thursday 13 October 2011

GCE Advanced Level, Cambridge International Examination

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS (KA7900)05/2012) 
Cambridge International Examination General Certificate of Examination's Advanced Level (CIE GCE A Level) merupakan antara daripada peperiksaan kemasukan ke universiti yang popular di dunia. Selama lebih daripada 50 tahun, kelayakan pra-universiti daripada Cambridge Advanced Level diterimapakai oleh kebanyakan universiti-universiti terkenal dunia, antaranya Universiti Cambridge dan Universiti Oxford di UK, Universiti Yale, Harvard, Princeton dan Stanford di Amerika Syarikat, serta Universiti Monash dan James Cook, Australia. Kelulusan Cambridge A Levels diterima pakai sebagai piawai kebolehan akademik pelajar yang memohon untuk kemasukan ke universiti-universiti dan pusat pengajian tinggi terkemuka di seluruh dunia.
Program GCE A Level terbahagi kepada dua bahagian: Advanced Subsidiary (AS) Level yang merupakan sebahagian daripada kelayakan penuh A Level. Untuk bahagian ini, pelajar akan menngambil tiga kertas bagi setiap subjek. Bahagian A2 akan diambil untuk melengkapkan kursus A Level, dengan mengambil dua kertas lagi. Cambridge A and AS Levels menyediakan proses pembelajaran yang fleksibel dan memberi kebebasan untuk memilih subjek yang sesuai dengan kursus yang ingin di pohon di universiti kelak.
Kolej Universiti Shahputra (UCSA) Kuantan telah dilantik oleh Cambridge International Examination Syndicate sebagai pusat peperiksaan dan penyediaan GCE Advanced Level sejak Jun 2007. Sejak itu, dua kumpulan pelajar tajaan MARA untuk program perubatan telah melengkapkan kursus A Level di Shahputra dengan jayanya dan majoriti daripada pelajar-pelajar ini sedang melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan (MBBS) di dalam dan di luar negara seperti di universiti terkemuka di UK, Republic of Ireland, Egypt, Australia, New Zealand and India. Tenaga pengajar A Level di Kolej Universiti Shahputra adalah terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Hasilnya, seramai lima orang pelajar A Level kami telah mendapat keputusan 4A (dengan bilangan A* (A star)).

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi
  • Mengukuhkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam konsep sains dan matematik
  • Mengukuhkan pemikiran kritikal dan analitikal pelajar
  • Memperoleh dan menggunakan ilmu pengetahuan dan skil dalam bidang sains fizikal dan sains hayat, dan matematik
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar agar dapat mengamalkan komunikasi dengan berkesan dan beretika dalam konteks bermasyarakat.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Calon disarankan mempunyai keputusan SPM / SPM (V) sekurang-kurangnya gred minimum B dalam subjek berikut:
  • Kimia
  • Matematik
  • Fizik atau Biologi, dan
  • Kepujian dalam Matematik Tambahan

 

STRUKTUR YURAN

Kos menjalani kursus A Level di UCSA adalah sangat berpatutan. Kosnya adalah seperti berikut:
  • Yuran pentadbiran : RM500 per semester
  • Subjek teras:
  • RM2000 / subjek/ semester atau RM8000 / semester (untuk 4 subjek).
  • Jumlah: RM24,000 untuk satu setengah tahun (3 semester).
  • IELTS (International English Language Testing System):
  • RM570 (sehingga tahun 2010. Sila layari laman web IDP Australia untuk maklumat lanjut.)
Para pelajar perlu mengambil minima 3 subjek teras untuk A Level. Kelulusan IELTS diperlukan sebagai bukti penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah baik agar dapat mengikuti pengajian di universiti terbabit supaya tidak menghadapi masalah komunikasi dan pembelajaran kelak. UCSA akan membantu para pelajar dalam permohonan mereka untuk mendapatkan tempat di universiti di United Kingdom, Australia, New Zealand, India, Eropah (seperti Czech Republic) institusi pendidikan bidang perubatan di Malaysia, sekiranya perlu.

 

YURAN PENGINAPAN

Untuk kemudahan asrama, pengangkutan dan housekeeping, yuran dikenakan ialah RM120 sebulan.
Nota : Anda diwajibkan tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

LALUAN KERJAYA

Para pelajar yang mendapat keputusan baik dalam A Level bakal melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka dunia di United Kingdom, Australia, New Zealand, negara-negara Commonwealth, United States of America dan di mana-mana sahaja negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran.

 

STRUKTUR PEPERIKSAAN ADVANCED LEVEL

A Levels: AS dan A2
A Levels terdiri daripada peringkat AS Level dan A2 Level. Setiap bahagian menyumbang kepada 50 peratus daripada gred keseluruhan A Level.

Semester 1 dan 2: AS Level
Calon akan menduduki peperiksaan AS Level sebagai kelulusan sendiri, atau sebahagian daripada A Level. Pada semester dua selepas AS Level, pelajar boleh :

  • Menerima kelulusan AS Level sebagai kelulusan muktamad, ATAU
  • Menyambung ke peringkat seterusnya untuk kelayakan penuh A Level
Semester 3: A2
Pada semester 3, pelajar akan menduduki peringkat A2 - untuk melengkapkan kelulusan A Level.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh : Satu setengah tahun (3 semester)
  • Subjek teras:
  • Biologi (BIO9700)
  • Kimia (CHM9701)
  • Matematik (MAT9709)
  • Fizik (PHY9702)
  • IELTS (International English Language Testing System):
    Pelajar mesti mendapatkan sekurang-kurangnya Band 7 untuk kursus perubatan. Untuk kursus kejuruteraan dan sains, syaratnya adalah longgar sedikit.
  • Subjek wajib
    (subjek MQA dan pelajar mesti lulus dalam semua subjek-subjek ini)
  • Pengajian Am
  • Pendidikan Islam (pelajar beragama Islam) / Pendidikan Moral (bukan Islam)
  • Bahasa Melayu (untuk mereka yang tidak mendapat kredit dalam Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau yang setaraf.)
Pengambilan untuk program A Level di UCSA berkisar pada dua semester: semester Julai-Disember dan Januari-Jun. Program A Level kini dibuka untuk pengambilan sessi semester Julai-Disember 2011. Mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan para pegawai kami di UCSA. Sekiranya berjaya dalam permohonan, pemohon akan dimaklumkan oleh UCSA.


 update: 100112

No comments: