Sunday 16 October 2011

Diploma Pengurusan Pelancongan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KR11404)05/2015) 
Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111) merupakan program usahasama dengan UiTM mula diperkenalkan pada tahun 2005. Program ini mengambil masa 3 tahun (6 semester) mendedahkan pelajar kepada dunia pelancongan secara keseluruhannya. Diploma Pengurusan Pelancongan ini telah juga mendapat kelulusan MQA untuk mengesahkan kualiti program ini.
Sepanjang pengajian, pelajar bukan sahaja akan mempelajari pelbagai subjek dalam elemen pelancongan tetapi juga subjek-subjek lain seperti pengurusan, pemasaran dan aplikasi computer. Pada semester 6, pelajar diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama 18 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar.
Selepas menamatkan pengajian, para pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara. Selain itu, program ini menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan samada kerajaan atau swasta antaranya Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, agensi pelancongan, pengurusan hotel dan resort, perancangan acara, pengurusan pameran dan persidangan dan rekreasi.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan graduan yang mampu memahami, menganalisis, dan menggunakan pengetahuan dalam bidang pelancongan bagi menghasilkan calon – calon yang berkualiti untuk bekerja dalam sektor ini
  • Melahirkan graduan yang mampu untuk bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan melalui komunikasi yang berkesan
  • Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mampu memanfaatkan ICT bagi mencari peluang perniagaan dalam industri ini
  • Melahirkan graduan yang mampu mempratikkan nilai etika dan profesionalisma dalam membekalkan perkhidmatan samaada kepada pelanggan dan juga pembekal industri

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Mana-mana 2 matapelajaran lain.
  • Laluan Alternatif: Lulus program Pra Diploma Perdaganagan (PD003) dari UiTM
  • Laluan Alternatif: Lulus Sijil Pengendalian Urusan Pelancongan (HM005)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM500 RM250
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 RM300

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Hotel
  • Restoran
  • Agensi Pelancongan
  • Hiburan, Rekreasi dan Sukan
  • Industri Budaya
  • Pengurusan Majlis
  • Perhubungan Awam

 

PROGRAM IJAZAH

Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara

 update: 100112

No comments: