Friday 28 October 2011

Diploma Pengurusan Perniagaan

 

PENGENALAN

(Kod: KPT/JPS(KR9190)01/2014) 
Diploma Pengurusan Perniagaan ialah sebuah program kerjasama bersama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UPM Serdang. Program ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan sepertimana yang dipelajari di buku teks tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan.


Program ini mendapat akreditasi penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) kerana ia diiktiraf dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.


Program Pengurusan Perniagaan menunjuk ajar pelajar berkenaan kerja berpasukan kerana hampir kesemua kelas-kelas Pengurusan mengajar kepentingan bekerja dalam satu kumpulan bersama kakitangan yang lain dan memberikan tip-tip untuk menangani personaliti yang berbeza di tempat kerja dalam mencapai matlamat organisasi. Mempelajari bidang Pengurusan Perniagaan juga memberikan gambaran berkenaan urusan dengan majikan, bagaimana untuk memberikan respon terhadap isu-isu perniagaan dan bagaimana untuk memotivasikan kakitangan yang lain. Disamping itu, matlamat utama Program Pengurusan Perniagaan ialah untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan.
Disepanjang masa 3 tahun pengajian, pelajar akan diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Pengurusan Perniagaan. Pelajar akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa majlis konvokesyen yang akan diadakan di kampus utama UPM.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Untuk menyediakan peluang kepada pelajar berkenaan bidang perniagaan dengan mengajar mereka asas-asas ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki oleh majikan
  • Untuk membina kemahiran dan kualiti yang dapat meningkatkan keyakinan pelajar semasa membuat sesuatu pembentangan dan boleh berkomunikasi secara efektif dengan rakan-rakan kongsi perniagaan
  • Untuk mengukuhkan pembangunan kendiri dengan etika professionalism yang kukuh agar mereka dapat bekerja dengan lebih efektif dan efisien
  • Untuk menjadi pemimpin dan ahli pasukan yang kompeten
  • Berupaya mengadaptasi perubahan yang berlaku di persekitaran dunia perniagaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk:
  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Mana-mana 3 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UPM semasa konvokesyen di UPM Serdang


 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM350
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 -

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.


 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pengurus Pemasaran/Jualan
  • Penolong Pengurus Sumber Manusia
  • Penolong Pengurus Operasi
  • Membuka perniagaan sendiri

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Bacelor Pentadbiran Perniagaan
  • Bacelor Pengurusan Logistik
  • Bacelor Pentadbiran Awam/ Korporat
  • Bacelor Pendidikan Ekonomi/Perniagaan

update: 090112

No comments: