Tuesday 4 October 2011

Diploma Farmasi

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA9212)08/2013)
Farmasi adalah satu cabang sains kimia yang menjurus kepada penggunaan ubat secara selamat dan efektif . Bidang farmasi mempunyai tiga cabang yang utama iaitu Farmaseutik, Kimia Farmaseutikal dan Praktis Farmasi. Farmaseutik melibatkan pembangunan , penciptaan dan pemprosesan ubat dari bahan mentah. Kimia farmaseutik ialah bidang yang mempunyai hubung kait dengan kimia, biologi dalam hal sintesis dan pembangunan ubat-ubatan. Praktis farmasi pula ialah cabang farmasi yang menggunakan maklumat farmaseutik dan kimia farmaseutik dalam mempraktiskan farmasi kepada masyarakat. Ia menekankan penggunaan ubat secara rasional, berkesan dan selamat dalam kalangan masyarakat. Diploma Farmasi UCSA menyediakan pelajar untuk menjadi juruteknik farmasi yang berpengetahuan dalam bidang farmaseutik, kimia farmaseutik dan praktis farmasi supaya mereka bersedia memasuki pasaran kerja dalam industri farmaseutikal yang menekankan aspek kimia farmaseutik dan farmaseutik atau memasuki pasaran kerja yang menekan aspek praktis farmasi seperti hospital dan farmasi komuniti.
Antara bidang tugas juruteknik farmasi (dikenali sebagai Pembantu Farmasi) di hospital ialah membantu Ahli Farmasi memastikan penyediaan, pembekalan, pengunaan ubat adalah rasional, berkesan dan selamat. Mereka juga membantu Ahli Farmasi dalam memastikan pesakit mendapat penjagaan farmseutikal secara optima dan khidmat jururunding ubat-ubatan kepada ahli professional lain seperti doktor dan jururawat.
Tempoh pengajian adalah enam semester (3 tahun) telah mendapat kelulusan dari MQA dan pengawasan dari Lembaga Farmasi Malaysia

 

OBJEKTIF PROGRAM

Menghasilkan juruteknik farmasi (dikenali sebagai Pembantu Farmasi) yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan mempamirkan nilai jati diri untuk memenuhi keperluan industri farmasi khasnya dan menyumbang kepada pembangunan negara keseluruhannya.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Fizik / Kimia / Biologi / Sains
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik

 

YURAN PENGAJIAN

Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

 

YURAN PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pegawai Farmasi di hospital awam dan badan berkanun
  • Pembantu Farmasi di hospital swasta dan farmasi komuniti
  • Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal
  • Penyelia di bahagian Pengawalan Kualiti atau Pembuatan Ubat di industri farmaseutikal
  • Pembantu/penolong pegawai penyelidik di institusi yang berkaitan dengan penyelidikan dadah dan ubat
  • Pembantu teknikal di institusi-institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Ijazah pertama dalam bidang farmasi (Sarjana Muda Farmasi) di institusi awam atau swasta dalam negara.(mempunyai CGPA 3.8 ke atas dan memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia)
  • Ijazah pertama dalam bidang farmasi di institusi awam atau swasta luar negara (kelayakan adalah tertakluk kepada badan yang mengawal selia program tersebut)
  • Sebarang Ijazah pertama dalam bidang sains seperti bidang pergigian, perubatan, teknolgi makmal perubatan dan sains tulen. Syarat kemasukan adalah tertakluk kepada majlis atau badan-badan yang mengawal selia bidang berkenaan.

 


update:120112

No comments: