Saturday 22 October 2011

Diploma Senibina

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA7901)06/2012) 
Program ini menawarkan kurikulum pengajian senibina bagi persediaan bakal-bakal graduan melibatkan diri secara profesional di dalam bidang rekabentuk dan pembinaan. Kurrikulum program yang merangkumi 6 semester ini menitikberatkan pengisian profesionalisma dan sahsiah kendiri bagi melahirkan arkitek yang bukan sahaja bertanggungjawab ke atas rekabentuk bangunan tetapi juga membentuk persekitaran fizikal yang mesra alam.
Pengetahuan asas yang kukuh bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah rekabentuk dari segi cuaca dan fungsi, malah dapat membantu menghasilkan bangunan dengan kualiti yang maksimum pada kos yang minimum. Antara subjek-subjek yang ditawarkan termasuklah subjek rekabentuk, struktur binaan, sejarah senibina, bangunan dan pengkomputeran.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk membolehkan/menghasilkan graduan:
  • Memperolehi ilmu dan kemahiran berkaitan dengan disiplin senibina
  • Mengaplikasi kemahiran kreatif dalam membantu arkitek untuk menyediakan dan melaksanakan projek pembangunan serta menganalisa dan menilai cadangan senibina
  • Separa professional dan kompeten secara teknik dalam menyelesaikan masalah senibina yang kritikal, secara logik, kreatif dan analiktikal berdasarkan fakta dan idea yang kukuh
  • Berkebolehan untuk memberi maklumbalas dan bersedia untuk mengadaptasi pada sebarang perubahan situasi dan meneruskan pembelajaran kendiri untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran tambahan
  • Bermotivasi, kreatif, berdisiplin dan beretika serta berupaya bekerja dengan kumpulan secara efektif.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • 2 matapelajaran lain
  • Laluan Alternatif: Lepasan Sijil POLITEKNIK layak untuk kemasukan terus ke tahun 2 DIPLOMA! (tertakluk kepada syarat universiti)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM370
Yuran Perkhidmatan Universiti RM100 RM370

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pembantu Arkitek
  • Pereka Dalaman
  • Pelukis Pelan

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah dan Kursus Kursus Professional (untuk melayakkan diri sebagai Arkitek yang bertauliah) seperti dibawah:
  • Ijazah Sarjana Muda Senibina
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan
  • Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan
  • Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah
  • Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman


    update: 090112

    No comments: