Friday 7 October 2011

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi)

 

PENGENALAN

(Kod: JPT/BP(U)1000-801/94/Jld.2(46)) 
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi) menggabungkan pembangunan kemahiran dan prinsip-prinsip perniagaan yang penting dengan memberikan penekanan kepada peranan asas teknologi dalam menguruskan perniagaan enterprise. Ia mendedahkan pelajar kepada teknik integrasi teknologi baru, manfaat infrastrukutr teknologi dan penyelesaian masalah melalui teknologi. Pengetahuan khusus teknologi sebagai alat penyelesaian masalah dan pemandu perubahan membolehkan graduan Pengurusan Teknologi untuk berkembang menjadi pengurus dan ketua yang cekap, dan dapat menyesuaikan diri dengan peubahan pasaran semasa.
Proram ini akan menyediakan peluang kerjaya yang banyak dalam bidang pengurusan teknologi bagi graduan. Ia menyediakan pelajar dengan kemahiran pengurusan, komunikasi perseorangan dan perancangan yang diperlukan untuk memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai pengurus dalam teknologi perniagaan. Setelah menamatkan pengajian, pelajar layak untuk bekerja dalam salah satu bidang pengkhususan yang memerlukan pengurusan teknologi di sektor kerajaan dan swasta.

 

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan dengan Diploma/ Kelayakan setara

  • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
    • Kredit dalam Bahasa Melayu
    • Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan kelulusan daripada fakulti
ATAU

Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Gred "C" dalam subjek Pengajian Am
  • Sekurang-kurangnya "C" (2.00) di dalam salah satu subjek pada peringkat STPM:
    • Matematik
    • Perakaunan
    • Geografi
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
  • Gred "C" dalam satu daripada subjek pada peringkat STPM
  • Lulus dalam Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM
  • Dengan Malaysian University English Test (MUET)
ATAU

    Kemasukan dengan Sijil Perakaunan/ Biologi/Matrikulasi Fizik

    • CGPA sekurang-kurangnya 2.00
    • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPM(V))
    • Kredit dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM
    • Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM
    • Dengan Malaysian University English Test (MUET)

     

    YURAN PENGAJIAN

    Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

     

    YURAN PENGINAPAN

    Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
    Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

     

    LALUAN KERJAYA

    Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi) layak dan mampu memegang jawatan dalam mana-mana industri/ institusi, samada di sektor awam atau swasta dalam bidang yang berkaitan dengan teknikal atau pengurusan.
    Program ini akan melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam pasaran kerja. Graduan akan mampu merebut peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang selepas berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
    Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana kolej dan universiti yang berpotensi.

     update: 120112

    No comments: