Wednesday 26 October 2011

Diploma Pengurusan Teknologi

 

PENGENALAN

(Kod: KPT/JPS(KA10240)05/2014)
  • Membolehkan graduan mengaplikasi pengetahuan dalam bidang pengurusan dan teknologi dalam perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan.
  • Membolehkan graduan mengaplikasi kemahiran mereka untuk membantu dalam perancangan, pengelolaan dan laporan kepada industri.
  • Melahirkan graduan yang mempunyai kecekapan untuk membantu menyelesaikan masalah secara logik, kreatif dan analitik berdasarkan fakta dan idea yang jelas.
  • Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi secara efektif, boleh memimpin dan bekerjasama sebagai ahli dalam satu pasukan.
  • Melahirkan graduan yang mampu bekerja secara sepasukan dan bekerjasama sebagai ahli kumpulan dengan kualiti kepimpinan didalam persekitaran pekerjaan.
  • Melahirkan graduan yang mampu meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan bagi memperolehi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.
  • Melahirkan graduan yang bermotivasi tinggi, berdisiplin, dan beretika didalam tingkah laku yang professional.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • 2 matapelajaran lain
  • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Laluan Alternatif: Lepasan Sijil POLITEKNIK layak untuk kemasukan terus ke tahun 2 DIPLOMA! (tertakluk kepada syarat universiti)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM370
Yuran Perkhidmatan Universiti RM100 RM370

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.


 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pentadbir
  • Penyelia Bahagian
  • Penolong Eksekutif (Pentadbiran dan Kewangan)

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Ijazah Sarjana Pengurusan (Teknologi)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengkhususan di dalam bidang Sumber Manusia, Pemasaran atau Pengurusan Operasi)
  • Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat
  • Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan)





update: 090112

No comments: