Sunday 23 October 2011

Diploma Pengurusan Harta Tanah

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA7786)06/2012) 
Diploma Pengurusan Harta Tanah (Property Management) merupakan kursus kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia. Secara umumnya kursus ini adalah berkaitan dengan sektor harta tanah yang mana melibatkan kerja-kerja menilai untuk tujuan jual beli tanah, pengiraan cukai seperti cukai pintu, cukai keuntungan, cukai setem dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan pengurusan harta tanah yang meliputi pengurusan penyewaan, pemasaran dan penyelenggaraan bangunan seperti menguruskan kompleks membeli belah (Shopping Complex), ruang pejabat (Office Space), rumah kedai serta bangunan yang lain.
Graduan Diploma Pengurusan Harta Tanah (DDF) dibekalkan dengan ilmu-ilmu teori yang meliputi bidang penilaian dan pelaburan harta tanah, pengurusan harta tanah dan juga agen harta tanah yang membolehkan mereka menjadi golongan profesional iaitu penilai, pengurus harta dan juga agen harta tanah. Graduan juga berupaya untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelabur-pelabur harta tanah dalam membuat pemilihan jenis harta tanah yang boleh mendatangkan aliran pendapatan yang menguntungkan dan seterusnya meningkatkan nilai harta tanah. Melalui tugasan, amali dan latihan praktikal yang dijalankan, mendedahkan pelajar kepada skop pekerjaan sebenar yang bakal mereka tempuhi apabila tamat pengajian.
Di samping itu, pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan, iaitu persatuan diploma pengurusan harta tanah yang dikenali sebagai PEHARTA. Melalui persatuan, pelajar dapat membina kredibiliti diri sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin, mempunyai semangat kerjasama di dalam satu organisasi serta mampu merancang serta menjalankan program yang bersifat akademik mahupun bukan akademik seperti sukan dan riadah. Dengan itu, tenaga-tenaga professional yang dilahirkan akan mampu bersaing dengan graduan IPT lain bukan sahaja sebagai pekerja bahkan sebagai teknokrat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni serta profesionalisme dapat melahirkan graduan yang bersifat amanah, jujur serta melaksanakan tanggungjawab berlandaskan nilai-nilai keagamaan.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • 2 matapelajaran lain
  • Laluan Alternatif: Lepasan Sijil POLITEKNIK layak untuk kemasukan terus ke tahun 2 DIPLOMA! (tertakluk kepada syarat universiti)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai
PENDAFTARAN
Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM370
Yuran Perkhidmatan Universiti RM100 RM370

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam dalam bidang berkaitan dengan:
  • Penilaian Harta Tanah
  • Kajian Kemungkinan & Pembangunan Tanah
  • Pengurusan dan Pentadbiran Harta Tanah.
  • Agensi Harta Tanah
  • Pelelongan
  • Pengurusan Projek
  • Pelaburan Harta Tanah

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
  • Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
  • BSarjana Muda Sains Pengurusan Teknologi (Harta Tanah)
Tambahan: Pelajar boleh menduduki Ujian Kecekapan Professional yang diadakan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Harta Tanah untuk melayakkan diri menjadi seorang Agen Harta Tanah atau Penilai yang berdaftar.



    update: 090112

    No comments: