Sunday 9 October 2011

Diploma Pengajian Perniagaan

 

PENGENALAN

(Kod: JPT/BPP(PA0617)06/2016) 
Program Diploma Pengajian Perniagaan dibangunkan bertujuan untuk melahirkan graduan sebagai pekerja berilmu atau "knowledge worker" di dalam dunia perniagaan. Graduan akan memperolehi ilmu perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan, pengurusan sumber manusia dan pemasaran. Graduan juga dilengkapi dengan pengetahuan serta kefahaman meluas dalam aspek penting perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang diwujudkan.
Program ini juga memberikan autoriti kepada graduan untuk mengaplikasi konsep perniagaan, teknik-teknik analisis bagi sesuatu permasalahan perniagaan diperingkat nasional atau global. Objektif dan fokus program juga adalah untuk mencapai piawaian akademik yang ditetapkan dan mencapai program bertaraf dunia bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda yang ditawarkan dalam dan luar negera. Program ini juga menyediakan prospek kerjaya yang lebih cemerlang.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • 2 matapelajaran yang lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik
ATAU
  • Lulus Pra-Diploma/ Sijil/ Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setara daripada mana-mana institusi yang mempunyai akreditasi MQA dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.

     

    YURAN PENGAJIAN

    Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

     

    YURAN PENGINAPAN

    Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
    Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

     

    LALUAN KERJAYA

    • Mewujudkan peluang dalam menceburi bidang perniagaan di sektor swasta atau awam pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa
    • Peluang yang lebih cerah dalam pembinaan kerjaya dalam bidang perniagaan kepada graduan yang telah mendapat latihan terbaik, berpengetahuan dan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang relevan
    • Mampu untuk mengadaptasi perubahan seperti kecanggihan teknologi dan dapat serta globalisasi yang mampu untuk berdaya saing di peringkat global
    • Graduan mampu memperolehi peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan yang besesuaian setelah tamat pengajian seperti:
    • Eksekutif Pentadbiran
    • Eksekutif Pemasaran
    • Usahawan
    • Penyelia
    • Pembantu akaun
    • Penyelaras Jualan

     

    PROGRAM IJAZAH

    Menyediakan pelajar untuk pengajian peringkat sarjana muda. Pelajar akan memperolehi asas pengetahuan untuk memenuhi cabaran yang semakin meningkat dan permintaan pasaran pekerjaan disamping memaksimakan karier di dalam persekitaran perniagaan yang kompleks.

     update:100112

    No comments: