Saturday 1 October 2011

Diploma Pembantu Perubatan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA9640)04/2015)
"Assistant Medical Officer" / Penolong Pembantu Perubatan (AMO/PPP) berfungsi memberikan perkhidmatan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dengan penuh kompeten dalam memberi perkhidmatan kesihatan secara kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
AMO berperanan memberikan perkhidmatan diperingkat dalam aspek kesihatan dengan:
  • Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kemalangan dan kecemasan di hospital-hospital;
  • Membuat pemeriksaan saringan keatas pesakit yang memerlukan rawatan;
  • Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan;
  • Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat;
  • Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan.
Manakala diperingkat Perkhidmatan Khusus, AMO berperanan dalam memberikan perkhidmatan dipelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti di Jabatan Otopedik, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi, Unit Psiaktri, Jabatan Urologi, Jabatan Neurologi dan lain2 jabatan dan unit di hospital (samada kerajaan atau pun swasta.
Tempoh latihan Diploma Pembantu Perubatan UCSA adalah selama 3 tahun (6 semester) 3 1/2 semester diperuntukkan untuk pengajian teori dan amali, dan 2 1/2 semester untuk menjalani latihan praktis klinikal di Hospital dan Klinik Kesihatan.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Matlamat Kurikulum Pembantu Perubatan UCSA adalah untuk menyediakan Penolong Pegawai Perubatan yang kompeten untuk berfungsi dengan cekap serta berkesan sebagai petugas penjagaan kesihatan primer di Klinik-Klinik Kesihatan dan Hospital dan sebagai pembantu kepada Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan rawatan pesakit samada dalam sektor kerajaan atau swasta.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mana-mana 2 subjek berikut: Sains / Biologi / Fizik / Kimia 
    • Ditambah dengan 2 subjek asas
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang penyakit genetik yang berbahaya
  • Tidak mengalami kecacatan anggota / deria yang serius

 

YURAN PENGAJIAN

Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

 

YURAN PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pegawai Perubatan, dibawah Skim Pembantu Perubatan, Gred U29, Kementerian Kesihatan Malaysia atau mengikut tajaan
  • Penolong Pegawai Perubatan di Agensi Badan Berkanun seperti Hospital Universiti, Klinik Universiti, fakulti perubatan
  • Peluang untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan (pengkhususan) dalam dan luar negara
  • Peluang kenaikan pangkat ke Gred U32, Gred U36,Gred U38 dan Gred U42
  • Kenaikan Ke Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional. (BERIJAZAH)
  • Peluang menyertai rombongan jemaah haji
  • Pengajar
  • Pegawai Sains
  • Pengarah Hospital
  • Bekerja di Hospital swasta dalam bidang - Jabatan kemalangan dan Kecemasan, Unit Ekokardiogram dan Kardiologi, Dewan Bedah, Perfusionest, Unit Renal
  • Syarikat-syarikat minyak
  • Peluang untuk bekerja di luar Negara seperti di Arab Saudi
  • Peluang untuk menyambung ijazah dalam bidang perubatan dan kesihatan

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Sarjana Muda Health Science (Pre Hosp)
  • Sarjana Muda Sains Healthcare
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan
  • B.Sc (Hons) in Health Studies
  • Sarjana Muda Psikologi/Komunikasi
  • Sarjana Muda Sains Bioperubatan
  • Sarjana Muda Sains Kejururawatan
  • Sarjana Muda Kesihatan Pekerjaan
  • Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia (UPM)
  • Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan
  • Sarjana Muda Sains Forensik dengan kepujian
  • Sarjana Muda Ortotik dan Prostetik
  • Sarjana Muda Sains Perubatan Sukan

 


update:120112

No comments: