Monday 3 October 2011

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA9074)09/2013)
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah seorang professional kesihatan yang melakukan analisis kimia, hematologi, imunologi, mikroskopik, dan analisis diagnostik bakteriologis pada cecair tubuh seperti darah, urine, kahak, feces, cecair peritoneal, serta specimen lain.
Prospek kerjaya sebagai Juruteknik Makmal Perubatan meliputi Makmal EEG dan Histopathologi di hospital kerajaan dan swasta, makmal vaterina, makmal farmasautikal, institusi penyelidikan, makmal forensik, makmal patalogi dan sebagainya.
Latihan dan tempoh pembelajaran selama 3 tahun bersamaan dengan enam semester. Pelajar dikehendaki melalui lima (5) semester untuk teori dan praktikal, dan satu (1) semester untuk amalan klinikal di hospital.
Selepas tamat pengajian pelajar boleh menyambung pengajian ke dalam pelbagai bidang meliputi Biomedikal, Fisiologi dan Farmakologi di universiti dalam atau luar negara.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
    • Bahasa Melayu
    • Fizik / Kimia / Biologi / Sains
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik

 

YURAN PENGAJIAN

Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

 

YURAN PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai MLTs dalam bidang berikut:
  • Sektor Perkhidmatan - Jabatan Patologi Hospital Kerajaan dan Makmal Diagnostik seperti Pathlab, BP Lab
  • Makmal Pengajaran - Sebagai khidmat sokongan di dalam kolej dan universiti
  • Penyelidikan - Universiti dan pusat penyelidikan.
  • Sektor Pengurusan dan Industri seperti Roche Diagnostics

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • B.Sc (Hons) Medical Laboratory Technology
  • B.Sc (Hons) Biomedical Sciences
  • B.Sc (Hons) Health Sciences
  • B.Sc (Hons) Biotechnology
  • B.Sc (Hons) Health Sciences
  • B.Sc (Hons) Healthcare
  • B.Sc (Hons) Health Studies
  • B.Sc (Hons) Occupational Health
  • B.Sc (Hons) Medical Imaging
  • B.Sc (Hons) Biomolecular Science dan lain-lain program sains kesihatan yang berkaitan

 
update:120112

No comments: