Wednesday 5 October 2011

Diploma Kejururawatan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA9009)05/2013)
Program Diploma Kejururawatan mula ditawarkan oleh UCSA pada tahun 2007/2008 sejajar dengan implikasi daripada perkembangan pesat teknologi perubatan, pertambahan hospital kerajaan dan swasta, di mana permintaan terhadap keperluan jururawat meningkat pada tahap yang kritikal. Kekurangan bilangan jururawat ini memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan.
Tempoh pengajian adalah enam semester (3 tahun) dan struktur subjek pembelajaran program ini secara keseluruhan adalah berdasarkan kepada keperluan Lembaga Jururawat Malaysia dan Agensi Akreditasi Malaysia (MQA)

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Untuk menampung keperluan jururawat supaya mencukupi/optimum di hospital dan juga klinik pada masa hadapan
  • Program ini bertujuan untuk melahirkan jururawat yang mempunyai pengetahuan, pemahaman dan latihan yang cukup untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam perawatan
  • Jururawat yang terlatih juga akan mampu untuk mewujudkan hubungan terapeutik dan berkomunikasi secara efektif
  • Jururawat terlatih mampu melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang berterusan semasa berkerja
  • Jururawat terlatih juga akan menyumbangkan kepada bidang kesihatan dalam aspek pengetahuan, integreti, aplikasi dan pendidikan kesihatan

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Kredit Bahasa Melayu
  • Kredit Matematik
  • Kredit Sains
  • Kredit mana-mana 2 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Tidak mempunyai kecacatan fizikal dan mental
  • Berat badan tidak melebihi 60kg dan mengikut ketinggian yang bersesuaian
  • Tidak mengalami masalah penglihatan
  • Tiada masalah kesihatan
  • Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan semasa hari pendaftaran
 

 

YURAN PENGAJIAN

Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

 

YURAN PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

LALUAN KERJAYA

DIPLOMA IN NURSING
  • Staff Nurse U29 (Lelaki & Perempuan)
  • Setelah lama berkhidmat: Sister/Matron
DEGREE IN NURSING TEACHING
DEGREE IN NURSING CLINICAL NURSE SPECIALIST
DEGREE IN NURSING MANAGEMENT
  • Staff Nurse U41
  • Tutor/Pensyarah
  • Clinical Instructor
MASTER IN NURSING
  • Coordinator/Principal Nursing
  • Head of Clinical Instructor
  • Head of Manager Matron
PhD NURSING
  • Nursing Director
 
update:120112

No comments: