Tuesday 25 October 2011

Diploma Ukur Bahan

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA8219)08/2013) 
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan graduan yang profesional di dalam bidang ukur bahan dan pembinaan (dikenali sebagai Juruukur Bahan (Quantity Surveyor)) samada disektor awam mahupun swasta. Program ukur bahan ini merupakan antara kursus yang melibatkan projek dan pembinaan. Juruukur Bahan merupakan perunding yang bertanggungjawab di dalam menentukan kos binaan bagi sesebuah bangunan/pembangunan. Didalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan yang digunakan adalah lebih tertumpu kepada amali/praktikal dan juga teori. Ini bagi melengkapkan graduan dengan situasi sebenar kerjaya di dalam bidang ukur bahan.
Program ini memperuntukan selama 3 tahun pengajian termasuk latihan praktikal dan ia melibatkan silibus mata pelajaran berkaitan asas matematik, lukisan kejuruteraan, kos binaan, ukur binaan, teknologi binaan, komunikasi, undang-undang dan pengkomputeraan. Program ini juga merupakan program profesional dimana profesion seorang Juruukur Bahan adalah dibawah kawalselia Juruukur Bahan Malaysia dan Institut Juruukur Malaysia (ISM).

 

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk membolehkan/menghasilkan Graduan:
  • Memperolehi ilmu dan kemahiran berkaitan dengan disiplin Ukur Bahan
  • Mengaplikasi kemahiran bagi membantu Juruukur Bahan untuk merancang, menganalisa dan menguruskan aspek kontrak dan kewangan di dalam sesuatu projek pembinaan
  • Berkemahiran dari segi teknikal untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan logik dan membuat analisis berdasarkan fakta dan maklumat sedia ada
  • Berkemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dan berkebolehan untuk memimpin dan bekerjasama merentasi pelbagai konteks dan klien
  • Berkebolehan untuk menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan dan mampu meneruskan pembelajaran secara berterusan dan kendiri untuk memperolehi ilmu dan kemahiran baru
  • Bermotivasi tinggi, berdisiplin dan beretika. 
  •  

 SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • 2 matapelajaran lain
  • Laluan Alternatif: Lepasan Sijil POLITEKNIK layak untuk kemasukan terus ke tahun 2 DIPLOMA (tertakluk kepada syarat universiti)
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai 

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM200 RM370
Yuran Perkhidmatan Universiti RM100 RM370

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.


 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pembantu Teknik Juru ukur bahan

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
  • Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan
  • Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pembinaan
Tambahan: Pelajar boleh menduduki Peperiksaan Professional yang diadakan oleh Lembaga Juruukurbahan Malaysia (LJBM) untuk melayakkan diri sebagai Juruukurbahan yang berdaftar

    update: 090112

    No comments: