Saturday 29 October 2011

Program Jarak Jauh (PJJ)

 

PENGENALAN

Pendidikan secara jarak jauh dibahagikan kepada dua semester, iaitu Semester Pertama (Jun-Oktober) dan Semester Kedua (Disember-April).
Pada setiap semester pengajian, pelajar digalakkan mengambil 9 kredit hingga 15 jam kredit bergantung kepada penawaran kursus pada semester tersebut dan juga kemampuan mereka. Secara keseluruhanya pelajar perlu mengambil sebanyak 120 jam kredit.
Pelajar dijangka boleh bergraduat selepas mengikuti pengajian selama 4 tahun bergantung kepada jumlah kredit yang telah diambil dan pengecualian kursus yang diperoleh serta lulus semua peperiksaan.

 

MAJLIS ORIENTASI

Dalam majlis ini penerangan mengenai keperluan kursus, tugasan, peperiksaan, struktur program, panduan akademik dan pembelajaran secara jarak jauh akan diberi secara sesi bersemuka. Pada majlis tersebut pelajar juga akan diperkenalkan kepada pensyarah kursus.

 

PENGECUALIAN KURSUS

Seseorang pelajar boleh dipertimbangkan untuk diberi pengecualian kursus jika dapat membuktikan bahawa ia telah mengikuti kursus yang setaraf dan ini tertakluk kepada peraturan dan kelulusan oleh pihak fakulti.

 

SISTEM PENILAIAN

Prestasi pelajar akan dinilai secara berterusan melalui tugasan, peperiksaan pertengahan dan akhir semester. Semua pelajar wajib menduduki peperiksaan yang diadakan oleh PPL di tempat dan tarikh yang ditetapkan. Pihak PPL akan berusaha mengadakan peperiksaan di pusat pembelajaran yang berdekatan. Peraturan peperiksaan adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh UPM.

 

STATUS PELAJAR

Status pelajar pada setiap semester ditentukan berdasarkan prestasi akademiknya pada akhir semester berkenaan dan statusnya pada semester sebelumnya. Status baik diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Timbunan 2.000 ke atas (3.000 ke atas bagi program master) manakala pelajar yang mendapat CGPA kurang dari 2.000 akan diberi status amaran, percubaan atau gagal dan diberhentikan (GB).

 

KEMASUKAN

Setiap pemohon adalah diwajibkan untuk mendaftar atau menduduki peperiksaan 'Malaysian University English Test' (MUET) dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan kursus kemahiran Bahasa Inggeris yang perlu diikuti sebagai syarat bergraduat.

 

SYARAT BERGRADUAT

Pelajar yang telah lulus semua kursus mengikut kurikulum program yang diikuti layak bergraduat tertakluk kepada syarat dan kelulusan senat.

 

PENGANUGERAHAN & KONVOKESYEN

Pelajar PJJ akan dianugerahkan ijazah sama seperti pelajar sepenuh masa di majlis konvokesyen yang akan diadakan.

 

HAK-HAK UPM

UPM mempunyai hak untuk menerima atau menolak atau membatal serta menerima semula mana-mana permohonan, status pelajar dan rayuan yang ditawarkan, diterima atau dibuat kepada dan daripada pelajar, mengikut peraturan dan keputusan pihak berkuasa Universiti dan berhak meminda mana-mana peraturan yang terkandung dalam panduan ini.

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Universiti Putra Malaysia
  • Unit Kemasukan Dan Hal Ehwal Pelajar
    UPM Education & Training Sdn. Bhd.
    d/a:Pusat Pendidikan Luar
    Universiti Putra Malaysia
    43400, Serdang
    Selangor Darul Ehsan
  • No. Telefon : 03-89412891, 03-89468821, 03-89468817, 03-89468815
  • No. Faks : 03-89424770, 03-86563565
  • Alamat E-mel : ppl_mohon@putra.upm.edu.my
University College SHAHPUTRA
  • University College SHAHPUTRA
    BIM Point
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
  • No. Telefon Bimbit :
  • Ros Mazlan Noor : 019-9648033
  • Nor Azirah bt. Ismail : 013-9695239

No comments: