Saturday 15 October 2011

Diploma Sains

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA7778)01/2016) 
Tempoh pembelajaran untuk program ini adalah selama enam (6) semester untuk membolehkan para pelajar mendapat Diploma Sains, UiTM. Sepanjang tempoh tersebut, pelajar akan mendalami ilmu asas Sains dan Matematik serta kursus-kursus lain seperti Biologi, Kimia serta Fizik.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam bidang Sains dan Teknologi yang dipilih
  • Mahir berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam industri berorientasikan teknologi maju
  • Menjana tenaga mahir bagi keperluan negara.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 5 kredit termasuk
  • Bahasa Melayu
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Biologi ATAU Fizik
  • Kimia C+.
  • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Laluan Alternatif: Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

 

PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan Geran Bantuan Pelajar dan Wang Pendahuluan Pinjaman MARA bagi yuran pendaftaran program di UCSA, sila lihat:
Yuran Semester 1 Semester 2-6
Pendaftaran RM500 RM250
Yuran Perkhidmatan Universiti RM300 RM300

 

PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam dalam bidang berikut:
  • Bioteknologi
  • Sains Veterinar
  • Teknologi Makanan
  • Zoologi
  • Kejuruteraan
  • Sains Sukan
  • Pendidikan

 

PROGRAM IJAZAH

Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara

 update: 100112

No comments: