Sunday 2 October 2011

Diploma Bioteknologi

 

PENGENALAN

(Kod: KP/JPS(KA9536)12/2014)
Bioteknologi adalah bidang biologi gunaan yang melibatkan penggunaan organisma hidup dan bio proses di dalam kejuruteraan, teknologi, perubatan dan bidang-bidang lain yang memerlukan bio produk. Bioteknologi menggunakan produk-produk ini bagi tujuan pembuatan khusus dalam bidang kejururteraan genetik juga teknologi kultur sel dan tisu. Konsep ini merangkumi pelbagai prosedur untuk mengubahsuai organisma hidup menurut keperluan manusia.
Dalam istilah lain bioteknologi juga boleh ditafsirkan seperti "Penerapan kemajuan sains dan teknikal dalam ilmu kehidupan untuk membangunkan produk komersil"
Bioteknologi merujuk pada sains biologi tulen seperti genetik, mikrobiologi, kultur sel haiwan, biologi molekular, biokimia, embriologi dan biologi sel. Dalam kebanyakan perkara, ia banyak bergantung pada pengetahuan dan kaedah lain seperti kimia,teknik bio proses, teknologi maklumat dan biorobotik.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / SPM(V) dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Fizik / Kimia / Biologi / Sains
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik

 

YURAN PENGAJIAN

Sila hubungi Jabatan Kewangan kami di: 609-573 7777 (Samb. 135, 144 & 150) untuk maklumat lanjut.

 

YURAN PENGINAPAN

Bayaran penginapan RM120.00 sebulan termasuk bayaran sewa, api, air dan pengangkutan bas. Yuran penginapan mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Nota : Anda DIWAJIBKAN tinggal di penginapan yang disediakan oleh pihak UCSA kecuali anda mempunyai keluarga yang berdekatan di bandar Kuantan yang disahkan.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam dalam bidang berikut:
  • Makmal Pengajaran - Sebagai khidmat sokongan di dalam kolej dan universiti
  • Penyelidikan - Universiti dan pusat penyelidikan
  • Sektor Pengurusan dan Industri seperti BioTech Corporations

 

PROGRAM IJAZAH

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Ijazah seperti dibawah:
  • B.Sc (Hons) Food Science and Technology
  • B.Sc (Hons) Polymer Technology
  • B.Sc (Hons) Textile Technology
  • B.Sc (Hons) Plantation Technology and Management
  • B.Sc (Hons) Environmental Technology
  • B.Sc (Hons) Biomolecular Science
  • B.Sc (Hons) Material Technology
  • B.Sc (Hons) Bio-composite Technology
  • B.Sc (Hons) Chemistry (Forensic Analysis)
  • B.Sc (Hons) Marine Technology
  • B.Sc (Hons) Biotechnology

 
update:120112

No comments: